fbp
WeirdKaya BM

Arwah Susah Hati, Tak Niaga Sebab Kuah Roti Canai Tak Menjadi Hari Itu – Ibu Mangsa

Roswati adalah ibu kepada Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, yang ditemui maut bersama suami, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan empat anak mereka berusia antara enam bulan hingga sembilan tahun selepas kereta dinaiki enam beranak itu terjatuh ke dalam Sungai Korok di Jitra, pagi kelmarin.

Sebelum itu, enam beranak terbabit dilaporkan hilang dan gagal dikesan selepas bermalam di rumah adiknya Mohamad Azim Izat, Nur Adliah Shuhada Ishak, di Taman Sri Aman, Jitra.

Ibu kepada Nurul Hidayah yang ditemui meninggal bersama suami Mohamad Azim Izat Ishak dan empat orang anak setelah kenderaan yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam Sungai Korok, Jitra Kedah pada pagi kelmarin.

@orangbisnes

Cerita baru dari Orang Bisnes, pasangan manis, suami isteri, peniaga roti canai di Medan Selera Hospital Lama Alor Setar, Kedah.

♬ original sound – Orang Bisnes

Terdahulu, tular sebuah video lama di media sosial memaparkan pasangan suami isteri itu mempromosikan perniagaan roti canai mereka untuk singgah beramai-ramai menjamu selera.

Menurut Roswati, arwah Mohamad Azim Izat bertugas sebagai pengawal keselamatan dan apabila tamat sahaja waktu bekerja arwah akan terus bergegas ke gerai untuk berniaga pada sebelah pagi.

“Dia kemudian akan balik tukar baju dan menguruskan anak-anak, termasuk mengambil mereka pulang dari sekolah,” kata Roswati di Jerlun, hari ini.

Ibu kepada mangsa itu turut menyifatkan cucunya Nurul Hidayah Khadijah iaitu anak kepada mangsa merupakan seorang anak sulung daripada enam beradik yang sangat rajin dan tahu berdikari.

Dalam pada itu, Roswati turut terkenang kenangan bersama arwah yang sanggup bersusah payah cuba memenuhi hajatnya baik cepat atau lambat.

“Proton Iswara yang mereka naiki itulah yang digunakan sepenuhnya untuk keperluan berniaga sebab kami semua tidak mempunyai kereta dan hanya ada motosikal.
“Namun, kereta itu akhirnya ditemui tenggelam dalam Sungai Korok bersama jasad mereka enam beranak. Saya fikir arwah anak dan menantu mungkin mengantuk serta cukup letih ketika kejadian.
“Pada Jumaat lalu, mereka tidak berniaga sebab kuah roti canai tidak berapa menjadi dan arwah susah hati, selain saya pula tidak sihat ketika itu,” jelasnya.

Wanita berumur 52 tahun itu turut memaklumkan selepas ini perniagaan arwah akan tetap diteruskan keluarga memandangkan ia juga merupakan salah satu peninggalan yang penuh bermakna hasil usaha mereka bersama.

“Kami akan meneruskan perniagaan roti canai di Tanah Merah, Pendang, yang baru diusahakan arwah bersama suaminya sejak sebulan lalu kerana mereka bersusah payah mencari tapak niaga itu,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, jenazah enam beranak itu dikebumikan dalam satu liang yang sama dan tragedi tersebut telah meninggalkan Putri Qisya Nur Izzat sebagai satu-satunya anak Mohamad Azim dan Nurul Hidayah yang masih hidup.

Difahamkan, siasatan awal mendapati kenderaan itu mungkin terbabas dan terjunam ke dalam sungai ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Jerlun dari rumah saudara di Taman Seri Aman, Jitra.

Sumber: Berita Harian (Zuliaty Zulkiffly)


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Arwah Susah Hati, Tak Niaga Sebab Kuah Roti Canai Tak Menjadi Hari Itu – Ibu Mangsa