Pelakon jelita, Anzalna Nasir menjadi perhatian apabila terdapat individu yang meluah hasrat untuk menjadi madunya ketika sesi siaran langsung di TikTok.
Luah hasrat jadi madu

Menerusi perkongsian semula di TikTok, pemilik nama Nur Anzalna Md. Nasir, 37 menjelaskan wanita itu mahu bertukar resepi sekiranya menjadi madu dan berpendapat bahawa lelaki itu boleh menikahi lebih daripada seorang wanita.
@anzalna.nasir92 Penyondol main jauh jauh😠#capcut #anzalna #fyp #pageforyou #abcxyz ♬ bunyi asal – Anzalna Nasir
“Apa masalah dia, nak jadi madu saya semata-mata nak kongsi resipi? Tak payahlah saya tujuh hari masak untuk suami.
“Banyak sangat resepi tak perlu dah orang sampai nak kongsi resepi. Yang awak nak sangat suami saya kenapa,” kata Anzalna, baru-baru ini.
Pelakon drama Memori Cinta Suraya itu turut memgulas berkenaan tanggungjawab isteri dalam menjaga keperluan suami malah tidak menolak banyak mengubah imej suaminya, Hanif Zaki lebih kemas dan kacak.

“Susahlah, kalau kita terlebih jaga suami, mulalah orang nak kejar suami kita. Kalau tak jaga, nanti mengata tak pandai jaga suami.
“Kadang serba salah, sebab kalau boleh nak je suruh suami pakai wangi-wangi tapi risau pula nanti perempuan lalu sebelah dia terpikat pula.
“Jadi serba salah, tapi tetap kena jaga suami kita. Dulu suami taklah handsome macam sekarang ni sebab dulu macam Bangla, sejak kahwin dengan saya baru berubah sikit,” jelasnya.
Untuk rekod, Anzalna dan suami, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.
Sumber: TikTok @anzalna.nasir92
