fbp
WeirdKaya BM

Anak Mengadu Minuman Kurang Enak, Ibu Terkejut Ada Ketulan Dalam Air Kotak.

Kembang tekak :(

Minuman air kotak sering menjadi pilihan anak-anak kerana ia mempunyai pelbagai perisa yang enak dan mudah didapati.

- Advertisements -

Baru-baru ini tular, di media sosial memaparkan perkongsian seorang ibu yang mendakwa terdapat ketulan jijik dalam air kotak anaknya yang dibeli di sekolah. Perkara tersebut disedari tatkala anaknya memberitahu minuman itu kurang sedap dan tidak seperti selalu.

- Advertisements -
Anak mengadu minuman kurang enak, ibu terkejut ada ketulan dalam air kotak. | weirdkaya

Hantaran yang dimuat naik di laman Facebook oleh Irene Chong Renerene menjelaskan minuman itu dibawa pulang ke rumah oleh anaknya disebabkan rasanya yang tidak sedap.

Dalam pada itu, Irene juga merakam detik-detik membuka minuman kotak terbabit untuk dijadikan sebagai bukti dan terkejut apabila menmui satu ketulan jijik di dalamnya.

- Advertisements -

Bukan itu sahaja, dia sempat memberitahu bahawa tarikh luput air kotak tersebut masih lama dan selamat untuk diminum. Namun begitu, perkongsian ini masih belum dapat dipastikan lagi kesahihannya dan pihan minuman tersebut juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas lagi.

Sumber: Ohmymedia


We are hiring writers!
We are hiring writers!