Baru-baru ini tular di media sosial, seorang anak berkongsi momen manis ibu dan bapanya ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran.

Menerusi perkongsian di Threads itu, wanita yang dikenali sebagai Shaida memperlihatkan bapanya meletakkan lauk di atas pinggan ibunya dan menganggap tindakan itu merupakan layanan yang cukup istimewa.
“Ayah saya 92, mak saya 81. Ayah saya masih lagi letakkan lauk kat pinggan mak saya. Masih ada lagi ke gentlemen gentlemen macam ni,” ciapan Shaida di Threads.
Dalam pada itu, Shaida turut berkongsi tips penjagaan kesihatan bapanya kerana menerima banyak persoalan daripada warganet yang melihat stamina ayahnya masih cergas dan sihat.

“Ada yg tanya tips kesihatan ayah saya umur 92 tahun, masih boleh jalan tanpa tongkat, pergi kedai.
“Yang saya nampak, dia makan sikit tapi berjadual, suka berjalan kaki pergi kedai, suka buat kerja rumah dan suka membaca.
“Orangnya dari dulu suka solve problems and handyman kat rumah. Rokok masa muda je, dah lama berhenti,” jelasnya.
Sementara itu, dia juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatan ibu bapanya dan mengakui masih ada lagi lelaki yang bertanggungjawab seperti ayahnya.
Terima kasih kepada yg ramai mendoakan parents saya. Mintak maaf kalau ada yg tak sempat reply. Gembira juga ramai yang kongsi suami mereka pun mcm tu,” tambahnya lagi.
Sumber: Threads shaida.mzin
