Penyanyi Amira Othman menjadi perhatian ramai apabila perkongsiannya sepanjang bulan November lalu menimbulkan rasa cemas apabila tahap kesihatannya berada dalam keadaan yang tidak baik.

Menurut laporan Gempak, Amira memuat naik satu hantaran beserta kapsyen ringkas memohon dirinya terus sihat memasuki bulan yang baharu ini.
“Thankyou November, Bismillah December. Semoga Nadia Amira sihat selalu. Tak nak masuk hospital dah,” tulisnya.
Bagaimanapun, apa yang menjadi tumpuan peminat adalah foto sebotol jus delima.

Meninjau ke ruangan komen, ada pengguna yang tertarik dengan jus delima yang dipaparkan sebelum Amira mendedahkan ia adalah permintaan suaminya, Fattah Amin.

“Sedapnya jus delima,” komen seorang pengguna.
“Fattah suruh minum naikkan blood pressure,” balas Amira.
Sehubungan itu, komen tersebut membuatkan segelintir netizen mula berteka-teki dan mengaitkan jus delima dengan tanda-tanda awal kehamilan.
“Haaaaaa kalau dah suruh naik BP tu faham-faham jelah eh… Tak sabar kalau betul ada berita gembira dari Amira!” ujar seorang netizen.
“Kalau dah minum jus delima ni mesti ada isi kot,” tambah yang lain.
Terdahulu, Fattah Amin menepis khabar angin mengenai status kehamilan isterinya.
Kata Fattah, keadaan kesihatan Amira kurang baik dan menyebabkan dia ditahan di wad akibat bronkitis untuk kali kedua.
Pelantun lagu Hati-hati itu sebelum ini menyatakan dirinya masih belum mengesahkan apa-apa mengenai soal kehamilan, namun tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan zuriat dalam tempoh waktu terdekat.
Sumber: Gempak (Umirah Halim)
