Usahawan dan personaliti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian netizen apabila menjaga waktu solat biarpun sibuk mencari rezeki.

Jaga solat lima waktu
Menerusi hantaran di TikTok, memperlihatkan Aliff melaksanakan ibadah solat sebelum bersiaran langsung dalam misi memecahkan rekod Malaysia menerusi The Malaysia Book of Records (MBOR) yang menyasarkan jualan sebanyak RM1 juta dengan catatan masa kurang daripada tiga minit.
@acpsevent Catering di AS Palace today 3 Aug 2025 Live Tiktok Malaysia Books Of Records 1.2 millions sale within 2 minutes Congrats DS @Dherbs Terlajak Laris & DS @Nur Shahida Mohd Rashid #ACPSCatering #EventPlannerMalaysia ♬ original sound – syaikhul⬜🇲🇾🇵🇸 – syaikhul⬜🇲🇾🇲🇨🇵🇸
Bukan itu sahaja, video berdurasi 22 saat itu menunjukkan beliau hanya solat di ruangan dapur bersebelahan meja makan sahaja menampakkan lagi beliau begitu menjaga waktu solatnya.

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji sifat usahawan itu yang sentiasa meningati tuhan biarpun sudah bergelar jutawan di usia yang sangat muda.
Malah ada juga wargamaya yang menjadikan Aliff sebagai contoh terbaik kerana menunaikan solat bukan suatu perkara yang dipaksa tetapi tanggungjawab yang wajib ditunaikan.
Jaga solat itu luar biasa

Tak mungkin tak solat

Kaya pun solat

Terdahulu, Aliff mencipta dua rekod baharu iaitu dalam kategori jualan terpantas dan juga jualan tertinggi setelah meraih jualan beg tangan RM1 juta dalam masa 2 minit 32 saat.
Difahamkan, Aliff Syukri mempertaruhkan koleksi baharu beg tangan Samma Bag Denim Edition menerusi sesi penstriman langsung.
Sumber: TikTok acpsevent
