Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menjadi sorotan publik setelah mendedahkan terpaksa bekerja keras bagi menanggung beban komitmen yang terlalu besar.
Kerja keras cari rezeki
Menerusi perkongsian di Threads, Aliff tidak menafikan bahawa sering tidur sehingga lewat malam kerana meniaga menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

Bukan itu sahaja, Aliff juga dilihat tetap menjual produknya biarpun sudah berbaring di atas katil menunggu masa untuk tidur.
“Dia live sambil baring sahaja. Ada orang tanya ‘Papa kenapa tak tidur lagi?’
“Lepas itu, Datuk jawab ‘komitmen aku banyak, anak aku ramai. Rumah aku besar, kalau tidur awal macam korang macam mana nak bayar komitmen’ terciduk dengar,” tulis pengguna Threads itu.

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji Aliff kerana rajin mencari rezeki dan ada juga meminta agar usahawan itu turut melakukan pemeriksaan kesihatan serta mengamalkan rehat yang cukup.
Memang layak jadi kaya

Kesihatan kena jaga juga

Artikel lain: Aliff Syukri Terima Pujian, Jaga Solat Biarpun Sibuk Kejar Urusan Dunia
Sebelum ini, Aliff menjadi sorotan ramai apabila muncul sebagai duta Kunafa Aiwahhh dan mendedahkan bahawa jenama makanan itu mampu membayar dirinya bersama keluarga sebagai duta termahal.
Pelantun Abang Nak Tegur iru menjelaskan beliau menerima sesuatu tawaran bukan sahaja kerana kualiti produk tetapi juga bayaran lumayan dan tidak melakukan sebarang kerja secara percuma.
Sumber: Threads azyanhanani
