Usahawan kontroversi, Aliff Syukri sekali lagi tular di media sosial kerana perilakunya yang dilihat tidak kekok berada di meja tetamu biasa tanpa sebarang layanan istimewa ketika meghadiri majlis pernikahan pekerjanya.

@dherbs.official sebabkan staff kami kahwin 😍 kami Datang makan² 😍 Semoga berkekalan hingga ke jannah #kahwin #majlis #kendurikahwin #alhamdulillah #rezeki #fouryou #fyp #foryoupage ♬ original sound – D'herbs Official
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Aliff Syukri atau nama lengkapnya, Datuk Sri Aliff Syukri Kamarzaman bersama keluarga dipuji netizen begitu kerana begitu besederhana makan di sebuah meja seperti orang lain tanpa mengira pangkat dan darjat.
Dalam pada itu, Aliff memaklumkan majlis tersebut merupakan majlis salah seorang pekerjanya dan mendoakan agar pasangan itu bahagia hingga ke Jannah.

“Sebab pekerja kami kahwin jadi kami sekeluarga pun datang makan-makan. Semoga berkekalan hingga ke Jannah,” tulis Aliff pada Isnin.
Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji keperibadian Aliff sebagai seorang yang merendah diri dan tidak menggunakan status yang ada bagi tujuan untuk menjadi lebih sombong dan suka menunjuk.
Malah ada juga wargamaya meluahkan rasa beruntung jikalau mempunyai majikan seperti Aliff yang sudi datang ke majlis menujukkan keprihatinannya terhadap para pekerja.
Humble betul

Memang layak nombor satu

Seronok majikan macam ni

Artikel lain: Isteri Aliff Syukri Meniaga Usaha Sendiri, Anak Bonda Rozita Pertahan Kakak Ipar – “Tak Pinjam Duit Susahkan Orang”
Terdahulu, usahawan muda itu telah mencipta kejayaan di umur 38 tahun apabila menerima Anugerah Ikon Usahawan pada Majlis Hari Belia Wilayah Persekutuan 2025.
Sumber: TikTok dherb.official
