Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berjaya mencipta rekod Malaysia menerusi The Malaysia Book of Records (MBOR) setelah meraih jualan beg tangan RM1 juta dalam masa 2 minit 32 saat.
Pecah rekod Malaysia

Menerusi hantaran Instagram isterinya, Datin Seri Nur Shahida memaklumkan, dua rekod baharu telah dipecahkan iaitu dalam kategori jualan terpantas dan juga jualan tertinggi.
“Dua Rekod Kami pecah kan malam ini. Jualan terpantas 2 min 32 saat dan jualan tertinggi 2.3 Juta secara keseluruhan,” kata Shahida di Instagram, malam tadi.
Berkongsi lanjut, usahawan itu mengucapkan jutaan terima kasih buat rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong dan meluahkan rasa gembira kerana mampu merialisasikan mimpi yang luar biasa itu.

“Syukur Ya Allah segala puji buat mu. Terima kasih semua, terima kasih rakyat Malaysia yang menyokong kami malam ini kerana kami berjaya memecah kan Malaysia Book Of Record jualan tertinggi hanya dalam 2 minit 32 saat.
“Jumlah keseluruhan malam ni 2.3 juta jualan. Sumpah mama dengan papa gembira sangat malam ini. Jutaan terima kasih buat semua yang terlibat menjayakan misi mustahil ini. Amin Ya Allah,” jelasnya.
Difahamkan, Aliff Syukri mempertaruhkan koleksi baharu beg tangan Samma Bag Denim Edition pada malam ini menerusi sesi penstriman langsung.
Sumber: Instagram shahidadherbs
