fbp
WeirdKaya BM

Bawa Makanan Kegemaran Aliff Aziz, Roslan Shah Cuba Nasib Tanya Soalan Kontroversi – “Pernah Dukung Orang Tak?”

Pelakon, Roslan Shah menuai perhatian ramai bahan apabila menjalankan aktiviti paranormal pada waktu malam di suatu tempat terpencil.

Menerusi perkongsian di YouTube, Roslan Shah atau mesra dikenali Cik Lan berganding bersama penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz untuk segmen paranomal terbarunya kali ini.

Namun lebih menarik apabila Cik Lan didakwa cuba mengambil kesempatan terhadap penyanyi itu dan sempat bertanyakan beberapa soalan panas membuatkan keadaan bertambah kelakar.

“Aliff pernah dukung orang tak? Macam dukung orang sebaya Cik Lan. Teringin nak kena dukung,” kata Cik Lan, malam tadi.

Bukan itu sahaja, Cik Lan juga mendedahkan bahawa dirinya sempat menghubungi ibu Aliff bertanyakan makanan kegemaran penyanyi itu untuk dijadikan bekal bagi dibawa bersama.

“Tadi Cik Lan ada telefon mak Aliff, tanya apa makanan kegemaran, kata umi ini makanan kegemaran Aliff,” ujarnya.

Cik Lan juga dilihat meloncat di atas bahu Aliff Aziz menyebabkan penyanyi itu terpaksa mendukungnya kerana terlalu takut apabila terdengar bunyi pelik yang muncul secara tiba-tiba.

Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi netizen dan rata-ratanya terhibur malah ada juga menganggap Cik Lan cuba mengambil kesempatan di sebalik kesulitan.

Cik Lan ambil kesempatan

Minta Aliff Syukri dapat Aliff Aziz

Slip disc kawan tu

Untuk rekod, video paranormal itu telah meraih sebanyak 136,000 tontonan dan menerima lebih 3,300 tanda suka di saluran YouTube.

Sumber: YouTube MBK Film Studio


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Bawa Makanan Kegemaran Aliff Aziz, Roslan Shah Cuba Nasib Tanya Soalan Kontroversi – “Pernah Dukung Orang Tak?”