Usahawan dan personaliti media sosial, Aleeya Zailan tampil membuka mulut menjelaskan sebab menyediakan hidangan dalam kuantiti yang banyak setiap hari.

Masak untuk 30 orang setiap hari
Menerusi perkongsian di TikTok, Aleeya tidak menafikan bahawa dia dan suami bukan sahaja memasak untuk keluarga malah menyediakannya juga untuk para pekerja dan orang sekeliling.
@avenys_tv Aleeya bukan masak untuk family je korang.. Model2 Aleeya ramai yang makan sekali. ❤️❤️
♬ original sound – AVENYS tv
“Saya masak banyak bukan untuk keluarga saya sahaja. Saya masak dalam kuantiti banyak untuk pembantu-pembantu saya, driver, tukang kebun, pengawal keselamatan dan kawan-kawan,” kata Aleeya di TikTok, baru-baru ini.
Berkongsi lanjut, Aleeya memberitahu kadangkala dia dan suami menyediakan makanan untuk 30 orang dalam sehari.

“Driver pula, saya bukan ada satu sahaja, saya ada beberapa driver. Satu hari saya akan masak untuk 20 hingga 30 orang,” ucapnya.
Bukan itu sahaja, Aleeya juga turut memberikan makanan buat stafnya di kedai serta mengedarkannya di sekitar kawasan kejiranan.
“Selain itu, saya juga akan agihkan kepada staff-staff di kedai dan juga jiran-jiran,” tambahnya lagi.
Artikel lain: Mira Filzah Berhabis RM8,000 Untuk Makanan, Belanja Sekali Kru Ketika Penggambaran
Pendedahan itu telah menerima pelbagai reaksi positif berhubung sikap pemurahnya yang tidak lokek berkongsi rezeki biarpun sibuk dalam karier sebagai seorang usahawan.
Sumber: TikTok AVENYS tv
