Public Health Malaysia (PHM), menasihati orang awam untuk bijak dalam mengawal pengambilan makanan yang seimbang bagi mencegah daripada sebarang penyakit.
Menerusi perkongsian di Facebook, PHM menegur dengan keras pengambilan lima menu paling popular yang dianggap sebagai ‘reward’ namun memiliki kandungan kalori dan gula yang sangat tinggi.

“Malaysia ini syurga makanan. Pagi nasi lemak, tengah hari ayam gepuk, malam kunafa pistachio dengan air matcha. Seronok di lidah, tapi senyap-senyap perut kita buat kerja berat setiap hari.
“Sebab itu tak hairan bila angka obesiti kita makin naik. Dulu masalahnya makan kerap. Sekarang lagi bahaya.
“Satu hidangan pun dah cukup untuk kalori satu hari. Nasi lemak tomahawk, cake in bowl, kunafa pekat syrup, air matcha manis berkrim. Portion besar, gula tinggi, tapi kita panggil itu “reward”,” terang PHS dalam kenyataan.
Bukan itu sahaja, biarpun makanan itu kelihatan menarik secara visual namun ia memberikan kesan yang buruk terhadap tubuh badan.

“Masalahnya, badan tak nampak gambar aesthetic. Badan cuma nampak lemak yang disimpan, gula yang melambung, tekanan darah yang perlahan-lahan naik.
Jadi jujur sekejap dengan diri sendiri. Dalam lima menu viral itu, yang mana paling kerap singgah dalam hidup anda sekarang, dan apa satu perubahan kecil yang anda sanggup cuba bermula tahun 2026?,” tambahnya lagi.
Sumber: Facebook Public Health Malaysia
