fbp
WeirdKaya BM

“Ada Untung Ke?” – Netizen Terkejut Peniaga Jual Burger Hanya RM2!

Berniaga sambil bersedekah.

Baru-baru ini telah tular tindakan seorang peniaga kerana menjual burger dengan harga serendah RM2 di Taman Kajang Impian.

- Advertisements -

Menerusi unggahan yang dibuat oleh Saji.my di TikTok, memaparkan peniaga tersebut menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dan tidak mengurangkan apa-apa bahan dalam proses pembuatan burger.

- Advertisements -
@saji.my Tak nyesal cuba.. Harga murah dan sedap.. Red Burger Taman Kajang Impian #sajimy #ajakhusband #burger #murah #bangi #kajang ♬ original sound – Saji.My

“Saya lihat cara kakak ini buat burger, mungkin ada yang dia tidak letak untuk jimatkan kos, tapi ternyata tidak .

“Sos cili siap ada sos BBQ, barang bahan dalam burger ini bukan biasa-biasa. Walaupun hanya RM2 tapi cukup sifat semua.” jelas individu yang merakam video itu.

- Advertisements -

Bukan itu sahaja, individu tersebut juga terkejut melihat penggunaan patty jenama Ramli yang dikatakan sedikit mahal dijual dengan harga yang begitu marhaen.

“Memang tertanya-tanya jugalah patty brand apa yaang mereka guna tapi bila tengok kakak ni masak, dia guna Ramli tau.

“Sekali lagi memang terkejut sebab Ramli kot, tapi harga macam tu kan.” katanya lagi.

Dekat mana untungnya 😭 Patty saja dah rm1.26, roti rm0.50.. belum sayur, wrapper, sos 😀 Modal saja dah rm2+.

Meninjau ke ruangan komen, warganet terkejut melihat harga burger serendah RM2 dan ada juga yang tertanya-tanya bagaimana peniaga tersebut mendapat untung dengan meletakkan harga terlalu murah.


We are hiring writers!
We are hiring writers!