fbp
WeirdKaya BM

Wanita Sebak Abang Rider OKU Cari Rezeki, Kembali Bangkit Selepas Berputus Harap – “Satu Kaki Seribu Semangat”

Kita selalu dinasihatkan untuk sentiasa beryukur atas setiap nikmat yang tuhan beri kerana dalam setiap kepayahan yang dilalui pasti ada yang lalui jauh lebih susah lagi.

@ombaklindu Abg panda Saya doa kan abg sehat selalu di murah kan rezeki 🤲🏻🤲🏻 sebelum abg ni lalu aku betul2 tgh down😔 abg buat kan sy rasa bangkit semula dr down😭 #Fyp yg mana sehat tak bekerja tu tgk betapa kuat nya abg ni #foodpanda #runner #belajarbersyukur ♬ Hujan Tangis – Ziell Ferdian

Baru-baru ini tular di TikTok, seorang wanita yang baru sahaja berputus harap tersentak apabila melihat seorang penghantar makanan OKU yang gigih mencari rezeki biarpun hanya mempunyai satu kaki sahaja.

“Abang Panda saya doakan abang sihat selalu dan sentiasa dimurahkan rezeki.
“Sebelum abang ni lalu aku betul-betul tengah takde semangat tetapi abang ni dah buat saya untuk rasa bangkit semula.
“Buat mereka yang sihat tubuh badan untuk bekerja tengoklah betapa kuatnya abang ni dalam mencari rezeki,” kata wanita itu di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian sama, dipercayai lelaki tersebut sedang menghantar pesanan pelanggan berjalan menggunakan tongkat tanpa sepasang kaki mengundang lagi rasa sebak kepada pemilik video tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, warganet sebak melihat perjuangan Abang Panda itu yang dilihat begitu cekal dalam mencari rezeki dan memberi inspirasi kepada orang ramai agar tidak mudah mengeluh dan terus berusaha.

Malah ada juga wargamaya yang prihatin ingin memberikan sedikit sumbangan dan bantuan setelah melihat keikhlasan lelaki itu dalam mencari rezeki.

Belajar erti syukur

Jadi inspirasi

Moga dimewahkan rezeki

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima 1.1 juta tontonan dan meraih lebih 119,000 tanda suka di media sosial.

Sumber: TikTok OmbakLindu


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Wanita Sebak Abang Rider OKU Cari Rezeki, Kembali Bangkit Selepas Berputus Harap – “Satu Kaki Seribu Semangat”