WeirdKaya BM

Abang Grab Terima Pujian, Sanggup Berhujan Korek Longkang Elak Tersumbat

Baru-baru ini tular di media sosial tindakan murni dua orang penghantar makanan yang sanggup berhujan membersihkan longkang setelah jalan mula dinaiki air akibat hujan berterusan.

Menerusi hantaran di TikTok @izzokayyy, memaparkan kedua-dua lelaki tersebut mengalihkan sampah dan kotoran yang menjadi punca longkang tersumbat menyebabkan aliran air terhalang.

@izzokayyy Grab riders truly are our heroes! 📅 4 Dec 2025 @GrabMY ♬ Accident – Mustafa Yazicioglu
“Saya cuma bersihkan longkang yang tersumbat supaya air banjir boleh mengalir. Niat nak memudahkan semua orang lalu jalan tu sahaja,” komen salah seorang penghantar makanan tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji tindakan pantas mereka dalam membantu memudahkan urusan pengguna jalan raya yang lain.

Tanda orang beriman

Semoga dilindungi tuhan

Terima kasih abang grab

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 673,000 tontonan dan menerima lebih 29,000 tanda suka.

Sumber: TikTok izzokay


We are hiring writers!
We are hiring writers!

Home > WeirdKaya BM > Abang Grab Terima Pujian, Sanggup Berhujan Korek Longkang Elak Tersumbat