Pelakon kacak, Datuk Aaron Aziz menegur segelintir individu yang cuba merakam video ketika menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Jangan rakam beri bantuan

Menerusi hantaran di TikTok, Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz, 49, menjelaskan tindakan tersebut amatlah tidak wajar kerana ia boleh menjatuhkan maruah dan air muka penerima sedekah.
@therealaaronaziz Masa Di Umrah ramai yg buat Sabeel tapi tunjuk muka orang orang yg ambik makanan. Kalau nak Sabeel biar ALLAH je yg tahu.
♬ original sound – aaron aziz
“Kalau nak tolong orang, tak payah nak rekod. Orang miskin, orang susah pun ada maruah,” kata Aaron, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Aaron melihat budaya ini semakin menular apabila melihat sendiri ketika berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.

“Masa umrah, ramai yang buat sabeel (memberi sedekah) tapi tunjuk muka orang-orang yang ambil makanan.
“Kalau nak sabeel biar Allah sahaja yang tahu,” ujarnya.
Meninjau ke ruangan komen, perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya yang dilihat ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak sependapat dengan penjelasan pelakon tersebut.
Setuju sangat

Konten sedekahlah yang ingatkan

Artikel lain: ‘Rezeki Saya Bukan Milik Saya Seorang, Ada Bahagian Orang Lain’ – Zizan Razak
Namun begitu, pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu tidak menafikan manfaat dan impak positif daripada konten-konten sedekah namun tetap menekankan agar wajah penerima perlu dirahsiakan demi menjaga maruah mereka.
Sumber: TikTok therealaaronaziz
